Total Pageviews

  Myspace Glitter Text

m y l o v e l y d i n e m o

my followers (:

Saturday, December 3, 2011

TIPS PENJAGAAN RAMBUT :))

    Salam , hi guys , dah lama tak update blog , hari ni tiba-tiba rajin pulak nak update , selalunya malas , hehehehehe , okay guys , berbalik pada tajuk post aku , rambut adalah mahkota setiap wanita , mcm-2 fesyen rambut zaman sekarang kan ? cantik ke buruk ke fesyen rambut tuu bagi aku tak penting , tak tahu laa bagi korang , yg penting bagi aku , rambut tuu cantik berseri-seri , tak rosak , halus mulus , dan lembut . Kalau cantik fesyen rambut tp rosak , kasar , kusut , cantik ke tuu ? Aku ada baca satu post dekat blog someone ni , so aku share-2 sikit laa dgn korg yee :) ni link dia tudung via online Post ni sesuai sgt laa pada orang yg bertudung :)





Tips 1:

Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.


Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.


Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!


Tips 4:

Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.


Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.


Tips 6:

Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.


Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali. :D


Tips 8:

Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.


Tips 9:

Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..


Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.


Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.


Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi.


Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!


Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

sekian terima kasih :))

Sunday, November 20, 2011

DUIT BUKAN SEGALANYA :))

Aku bukan macam teenagers lain , hidup aku simple-simple je , aku tetap bersyukur apa pon yang aku ada , aku tak mewah macam orang lain , pakaian mahal , branded , aku tak dapat semua tuu , walaupun parents aku mampu bagi aku semua tuu , dorg tak bagi aku semua tuu , sebab dorg nak aku berdikari , dorg nak aku mula hidup dari bawah , dorg nak aku belajar betapa susahnya cari duit , dorg nak aku rasa perit hidup susah , dorg tak kejam malah mulia bagi aku , sebab dorg didik aku supaya lebih mengenali erti kehidupan . Alhamdulillah , aku boleh berdikari sekarang , aku tak perlu mengharap dan bergantung kpd parents aku sepenuhnya . Ternyata , memang payah cari duit sesen dua sen , belum tentu kau berjalan dari Rawang-KL kau boleh dapat RM1 , melainkan kau usaha sendiri macam mana boleh dapat RM1 tuu . Duit memang penting dalam kehidupan , kalau tak de duit kau nak makan apa ? Kalau tak de duit , takan kau nak buat sistem barter pulak ? Kerana duit kita dipandang mulia , kerana duit kita kita boleh bergadoh sesama sendiri , kerana duit kawan makan kawan , kerana duit kita boleh beli orang lain , kerana duit kita mati sia-sia , kerana duit kita tiada sesiapa . Ingat , memang duit berkuasa , tapi jangan laa jadi hamba duit ! Duit bukan kunci kebahagian , bukan duit yang akan menentukan kau masuk syurga atau neraka , bukan duit yang menentukan hidup kau indah atau derita , sebab duit bukan segalanya . Jangan jadi tamak sangat kalau kau dah banyak duit , jangan jadi riak bila kau ada duit , sekali Allah tarik duit kau , dengan kau-kau sekali kena telan bumi , baru kau tahu duit bukan penentu masa depan kau . Hari ni topik aku pasal duit , sebab apa ? Sebab aku nak ingatkan orang yang berduit ni , JANGAN NAK BERLAGAK SANGAT LAA KAN !! *emo sikit :) apa kau ingat kau berduit kau boleh atur hidup orang lain , kau silap ! Belajar laa jadi tuan duit bukan hamba duit , duit berjuta pon , kalau kau mati , tak boleh bawak masok kubur sekali , duit berjuta pon , kau ingat kalau kau tak de amal ibadat kau boleh bayar cash je nak masok syurga , silap sekali lagi kau . Dengan sikap kau yg tak tahu buat amal ibadat dan menjadi manusia yang kejam hanya kerana duit , jangan kau ingat kau sorg je boleh bayar cash kat dunia ni , Allah bayar cash je akhir zaman ni , tak payah nak tunggu-tunggu kiamat , aku cakap bukan sedap mulot je , aku cakap berdasarkan fakta dan kenyataan . Apa boleh aku cakap berubah laa sebelum terlambat , berubah laa , nyawa kita bukan ada 10 , sebelum nasi menjadi bubur , meh laa kita sama sama menuju ke arah kebaikan :)

Assalammualaikum , sekian terima kasih :D

Monday, November 7, 2011

KEKASIH YANG BAIK ?


ade permintaan dr sorg kawan aku , die nak tips carik kekasih yg baik , ini pendapat aku laa .

okayy , first , kenapa pilih kekasih berdasarkan rupa , harta , dan pangkat ? semua tuu tak kemana laa , kalo dorg byk harta pon , tak ada buat kebajikan buat apa ? kalau ada rupa , budi pekerti tak secantik rupa buat apa ? kalau pangkat tinggi , berlagak nak mampus buat apa ? pilih laa org yg beriman dan yg boleh membimbing kita ke arah kebaikan , ke arah kejayaan . bukan carik kekasih yg menjahanamkan diri kita lagi , past is past , future lebih penting , kalau masa silam kita buruk mana sekali pun , jadikan masa depan kita sebaik-baiknya , belajar melalui kesilapan , tak kan nak buah pisang berbuah dua kali ? ingat laa , kebahagiaan dan kesengsaraan hidup kita , kita yang menentukan , bukan org lain , keputusan semua ditangan kita dan Allah yg menentukan . sebelum menyalahkan org lain , cuba semak diri dulu , apa salah kita ? apa dosa kita buat ? guys , kekasih yg betul-2 sygkan kita , dia bimbing kita , bukan die hancurkan diri kita lagi , kalo betul die nak buat kita jadi isteri/suami kita , dia halang kita berbuat jahat , bukan menggalakkan lg , konon-2 sporting laa bf/gf korg ? gth laa , die sebenarnya mainkan kau aje . fikir laa dengan matang , jangan sebab silap kecil , kau menyesal kemudian hari . cari laa , perempuan/lelaki yang setia dan jujur , kalau dia btol-2 curang , maybe kau bg second chance , then die buat lg ? anggap je laa tak de jodoh , zaman sekarang ni , secara faktanya laa , ramai org pilih kekasih mengikut paras rupa dan harta , sbb bangga dgn kekasih dorg , bila break , menangis tak berlagu ye ? yg paling penting dalam bercinta ni , pandang laa org yg menyayangi diri kita , kita abaikan dia , kita tak hargai dia ,  kadang-2 kita tak perasan , org yg didepan mata , org disebalik gunung nampak pula yee ? bila daa sedar , baru terkapai-kapai carik org yg didepan mata kan ? aku rasa kita boleh fikir , baik atau buruk macam mana , think and decided , aku pon tak sempurna sgt nak bg nasihat dekat korg , tp apa yg aku tahu , aku shared sikit dgn korg , hmm , conclusionnya , adanya kekasih yg baik pasti sesebuah hubungan lebih bahagia :)

haishhhhh , hari ni topik pasal bercinta pulak , sebagai kawan , aku hanya mampu menasihati kawan-2 aku , semoga korg akan jumpa jodoh yg lebih baik , insyaallah , aku doakan  yg terbaik utk korg :)

Thursday, November 3, 2011

positive thinking :)




assalammualaikum and hello everyone , wahhh , daa lama gilaa tak update blog , mmg daa lama sgt-2 . sihat semua ? aku sihat je , makin gemok laa kawan , hahahahaha , senang hati laa katekan , okayy guys . aku bukan yg terbaik tapi aku cuba yg terbaik . guess what ? in everything i do , i'm trying my best :) think positive ! korg pon mesti boleh , but dont forget to pray , bkn usaha je , pray changes everything , remember that okayy . one more , self confidence tu penting ! berani utk ambil risiko , mungkin apa yg kita buat adalah mustahil , but nothing impossible in this life , try your best , trust yourself , insyaallah , your efforts will be successful . utk berjaya dlm hidop , restu ibu bapa penting , i trust that :)

Sunday, May 29, 2011

HARI MEMPERINGATI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE


hello guys , hari ni HARI MEMPERINGATI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE . jadi aku nak buat entry pasal P.RAMLEE .

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

aku mmg respect sgt dgn p.ramlee , sebagai generasi muda , kita patut kenang jasa-2 beliau dlm bidang seni , beliau seniman yg sgt profesional , bukan niat nak mengata tp bidang seni skrg tak sbagos mcm seni p.ramlee , jauh panggang dr api babe , sbb tuu laa tak hairan generasi kita skrg minat muzik luar negara .

babes , aku nak story about cousin aku , nama dia MEGAT ANAS , dia fanatik gilaa dgn P.RAMLEE , dr kecik sampai sekarang , cd filem p.ramlee ape yg tak de kat rumah die ? semua ade .. cd lagu pon ade !! die mmg fanatik sgt dgn p.ramlee , waktu zaman kanak-2 kiteorg , gaya die pon ade mcm p.ramlee , muka die pon ala-2 p.ramlee . sbuah filem p.ramlee tuu , kdg-2 dia tengok sampai 5 kali sehari , fuhh , dia mmg fanatik sgt-2 laa , sampai skrip filem tuu pon die hafal !! hari tuu aku datang rumah family die , tgh tengok tv , die tetidoo , then , tak sampai 5 minit , die terjaga , die sebot "haa ! P.RAMLEE !" terkejot aku , daa die ckp mcm tuu , teros die bukak cd filem p.ramlee , cehh , tiap kali aku lepak rumah family die , confirm dekat kaca tv die mesti cerita p.ramlee , die mmg kawkaw laa !! aku respect dgn cousin aku , sbb susah nak jumpa teenagers mcm die yg minat cerita-2 klasik tuu , susah sgt laa nak jumpa , senang cerita cousin aku tuu PENCINTA SENI P.RAMLEE .

bile aku dengar jee lagu-2 ciptaan dan nyanyian allahyarham p.ramlee , mestie tetiba aku sedih , kdg-2 sampai menangis pun ade , aku tak tahu kenapa , tapi aku yakin yg aku sedih sbb tanah air kita dah hilang seniman agung yg hebat mcm p.ramlee , aku terharu sgt dgn karya-2 allahyarham , cerita dan lagu-2 die , tiada tandingannya ! mungkin aku daa terikot-2 habit cousin aku kot , tp aku pernah terfikir , kalau laa allahyarham masih hidop , mestie bidang seni negara kita hebat kan ? aku teringin nak jumpa die walaupon die tak kenal aku , aku rasa kagum sgt dgn allahyarham !! mungkin korg tak faham perasaan aku , kalau korg minat p.ramlee , mungkin korg faham (:
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM P.RAMLEE .


LIKE LAA SIKET (:

Thursday, May 5, 2011

BIAR SEDERHANA ASALKAN BAHAGIA :)

hello hello , now nak bagi siket advise kat u all semua , what can i say ? KAYA TAK SEMESTINYA MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN . hmm . bagi nemo cukop laa jd sederhana , tak perlu jd kaya raya ,sbb hidop sederhana lebih mengenal erti kehidupan yg indah sebenarnya , byk pengalaman hidop yg kita dapat , bila hidop sederhana ni . susah nak carik harta kan ? masa ni laa , kita tahu erti kesusahan , dan masa ni laa kita tahu erti menghargai , sbb harta susah nak carik dan mesti laa kita hargai kerana itu laa hasil titik peluh kita sendiri , bukan mengharapkan ibu bapa nak belikan , bukan merompak atau mencuri , tetapi sebaliknya , ia harta yg halal . bila kaya , lupe asal usul , lupe mak bapak , lupe segalanya , bile daa susah , baru sedar diri siapa ? hmm , berlagak sini sana , maki hamun org tak tentu hala , tp tuu golongan kaya yg tak berakhlak mulia , minta disimpangkan kepada kita semua supaya dielakkan jadi seperti itu ya . yg penting jgn kita anggap kesusahan itu bala , anggap laa itu dugaan dan cabaran kepada setiap insan yg hendak berjaya , dan jgn laa kita asyik merungut dan tak bersyukur kerana ade lagi insan lebih susah dari kita semua , dan jgn laa pula bila kita sudah kaya raya , kita menghina org yg miskin sesuka hati kita , itu org yg tak bertamadun namanya , ingat laa , kekayaan itu datang dr Allah S.W.T , jadi bila bila masa saja Dia boleh menariknya , dan bila bila masa saje Dia boleh memberi kepada kita , cukop laa celoteh sy kali ni , laen kali sambong lagi ........... :)

kasi LIKE siket :)

Friday, April 22, 2011

TAK SEMESTIENYA KAU BER-EDUCATION KAU BAGOSS :)

hello semua , daa lama gila tak update blog , semua stalker tengok and bace benda yg same je kan ? hehehehe , hari ni tajuk utk diceritakan seperti di atas okayy .


memang aku respek dgn org yg ber-education ni ,
bukan nak berlagak , but ,
family aku pon educated jugak , bukan nak banggakan abg aku , 
but abg aku SPM 10A and now daa ade degree course international bussiness ,
kerja pon bagoss and berpngkat besar , but dia tak pernah berlagak yg dia pandai .
but aku tak laa pandai mcm abg aku , hehehehehe
isteri dia pon educated , kelulusan degree jugak , anak doktor lagi ,
siblings dia pon semua pandai2 , ade yg study dekat oversea , pokoknya pandai2 laa ,
but dorg semua tak berlagak walaupun dorg pandai !


ade laa makhluk Allah ni berlagak nak mamposs weyh !!
baru jee continue study kat IPTS daa berlagak sgt ,
bukan amek degree , bukan amek master , just diploma jee kot ,
fine laa kalo ko just study diploma ,
but tak payah laa hina org lain even bukan kau sindir aku skali pon ,
kau tak patot ckp mcm ni ,
"alaa , spm skrg mana laku , setakat spm kau boleh beli ape ? dgn spm kau boleh kerja ape ? kerja kilang ? elehh , siapa pandang ?"


"bajet good2 je , mcm kau tu educated , daa laa kerja kilang jee ."
HINA SGT KE ORG KERJA KILANG NI ? HINA SGT KE JD BURUH KONTRAKTOR ?
mcm bagoss laa weyh ! kau continue study pon sbb parents kau berduit bukan sbb kau pandai sgt laa ,
spm kau bukan bagoss , kalo bagoss continue laa dekat IPTA ,
kalo kau bace blog aku ni , aku nak adviced kau ni ,
sedar sedar diri dulu babe ! jgn suka suka menghina org , masing2 ade kelebihan dan kekurangan yg Allah ciptakan untuk makhluk2-Nya ,
org tak berpelajaran tggi pon tahu malu kalo kau ckp mcm tuu dekat dorg ,
but pelik laa dgn kau ni , 
org ade PHD pon tak kecoh die ade PHD ,
but kau sebaliknya kan ? babe , kalo betol lu org educated , lu takan meninggi diri , dan lu tahu tak boleh menghina org lain !!
kita mana tahu kelebihan org lain , entah entah die kerja kilang , rupanya dia bijak pandai , cuma nasib tak menyebelahi die , entah entah die kerja buruh binaan , rupanya rumah die banglo , mcm rumah datok datin , sbb die pandai bina rumah , entah entah die mat rempit , rupanya skrg juara grand prix , entah entah die mekanik , die rupanya tokey bengkel2 , entah entah die cashier , but ade degree , entah entah die pakai BMW , MERC , die just ade spm je , 
dalam surat khabar pon ckp ,  SAYA HANYA BERKELULUSAN SPM , SKRG SAYA USAHAWAN BERJAYA , SAYA HANYA BERKELULUSAN SPM , DAN DAHULU HANYA OPERATOR KILANG NAMUN KINI SAYA KONTRAKTOR BERJAYA ,


:: TINGGI MANA PELAJARAN KITA , BELUM TENTU NASIB MENYEBELAHI KITA ::


daa laa , malas aku nak nak teroskan celoteh aku ni ,
sampai esok takan habes rasenya ,
hmm , advised utk semua ,
tinggi mana pelajaran kita , jgn sekali-kali kita meninggi diri , sebaliknya bersedia laa utk berbudi dan berbakti .


daa bace ? LIKE laa siket !

Friday, April 8, 2011

TIADA MANUSIA YG SEMPURNA :)

silence is better than action :)

mehh sini bace , nak cerita ni , daa lame tak update blog ohh , heyy friends , dlm dunia ni mane ade manusia yg sempurna , masing2 ade kekurangan dan kelebihan , kebaikan dan keburukan , nobody is perfect laa kawan , hidup ni tak payah nak kabot kabot ckp "i tak suka org hipokrit , gedik , bajet hot" weyh , sebelum kau ckp mcm tuu , cuba kau semak diri kau dulu ehh kawan , even kau bukan kawan aku pon , tak kan aku nak panggil kau "bodoh" budi bahasa kan budaya kita , cehh cehh . lagi satu , lebih baek jgn komen ape ape pasal org laa sbb awak mengata org tuu yg sama perangai mcm awak okayy , so perangai u all sama jee :p tapi ade kebaikannya jugak bila org mengata kita ni , mungkin kita boleh perbaiki kesilapan kita dgn lebih baik dan dpt mmberi kesan positif pd kita , bukannya teros serang bergadoh mcm perempuan tak ade maruah , guna ayat ayat kesat , itu laa ini laa , u know what , komunikasi kita melambangkan keperibadian kita , if kita ckp perkataan kesat dekat org lain , maknanya kita tujukan khas buat diri kita sendiri sebenarnya , finally , kita sendiri pon ade kekurangan dan kelebihan sendiri , tak perlu laa bangga sgt dgn kelebihan kita tuu , dan tak perlu laa jdkan kekurangan kita tuu tak perlu laa jdkan satu benda yg perlu dibanggakan , contoh : perempuan ni otai , kaki gadoh , mulut celupar , bangga bila bergadoh , ( sbnarnya ini kesilapan besar dlm hidop dia ) i hope u all faham ape yg aku cuba sampaikan , lepass ni jgn laa trlampau suka mengata org yee , sbb dalam dunia ni NOBODY IS PERFECT ! :) thanks for reading :))


Saturday, March 12, 2011

KENANGAN BERSAMA ARWAH KECIK A.K.A EPONG :(

ya Allah sebak nak mulakan :(
nemo nak cerita satu story yg agak sedih .
cerita dari abg arwah (abg angkat) iaitu kunding , dan bekas gf / sahabat arwah .










kata-kata buat epong dari seorg abg yg sygkan kau buat selama-lamanya .
epong , sebelom ni aku kenalkan x-gf aku  kat kau ,
kau tak pernah nak comment ape2 .
tapi waktu aku kenalkan nemo kat kau ,
kau ckp dgn aku ,
"bang , kau jaga nemo elok2 , die okayy , kau jage die elok2 bang , aku suka die dgn kau ."
epong , aku ingat pesan kau , aku akan jaga nemo . aku pegang kata2 aku !
epong , kau ingat tak dulu kita pernah keje sama2 kat jelebu ?
kau buat air kopi guna garam ?
semua org dah minom sembor kat kau balek .
kau mintak maaf sbb kau tak tahu beza garam dgn gula ,
hahahahaha , kenangan manes dgn kau !
lepas tuu , kau baek dgn bapak aku !
bapak aku mengamok , tak ade siapa berani pujok die tapi kau tak .
aku anak die sendiri tak berani pujok die ,
aku mmg respek kat kau sbb berani pujok bapak aku .
"pak man , jgn marah2 , nnt makin botak kepala tuu pak man ."
kata2 kau tuu maseh segar dlm ingatan aku deq .
bile bapak aku suroh kau ape2 mestie kau buat , mestie kau ikot .
kau dah mcm anak die ,
waktuu kau meninggal , bapak aku cepat2 pergi hospital sambil menangis ,
die mandikan kau , die smbahyangkan kau ,
kau tahu tak ? mata bapak aku bengkak menangis ?
kau tahu tak ? bapak aku sygkan kau gila2 ?
kau mmg adeq aku yg aku syg !
banyak kenangan aku dgn kau epong ,
time tuu aku dgn bjohn (faizal) nak berpozing ,
kau beria-ria nak ambek gambar dgn aku .
"bang , aku nak ambek gambar jugak , tunggu jap , aku nak pozing gak ."
ni laa gambar tuu , aku maseh simpan lagi kau tahu tak ?
gambar kite semua waktu cuti .
ini lah gambar yg aku ade dgn kau ,
kenangan dgn kau , senyuman kau manes gilaa epong .
waktu aku jadi owner Chinold ,
baju aku hilang , aku nak pinjam baju kau ,
"bang , kau pinjam aa , tapi kalau aku dah tak ade , kau amek jee baju aku tuu ."
aku ingat lagi apa kau ckp tuu !
raya tahun lepas , raya kedua ,
kau budak yg rajin ! walaupun raya kedua kau tetap nak keje carik duit untuk mak kau .
kau keje dgn aku syif malam ,
3 hari kau keje dgn aku .
malam tuu kite tak tido , byk perkara yg kite borakkan .
tak sangka itu laa masa yg paling lama untuk kite berbual panjang , 
kalau tak borak2 mcm tuu jee kan ?
pagi tuu , aku balek mandi and makan kat rumah nemo ,
mama nemo suroh beli santan , 
nak masak rendang ,
aku mintak tolong kau belikan sbb kau nak g beli makanan sekali ,
kau pakai moto aku ,
lama kau pegi tak balek2 , aku naek risau takot ape2 jadi kat kau ,
rupanya kau balek rumah kau kat flat ,
1 jam lebih jee kau amek masa kan ?
mandi , makan , beli santan dari Antara Gapi-Bandar Country Homes .
mestie laju kau bawak moto ,
sampai aku punye pemegang moto punyer besi hilang tercampak ?
"bang , sorry bang , aku lambat , aku balek rumah kejap , benda ni hilang laa bang , sorry bang , aku ganti balek nnt taw bang , aku tak sengaja ."
epong aku maafkan kau laa , kau tak payah nak mintak maaf byk2 kali , kau adeq aku , takan aku nak marah2 kau ? relax laa .
dulu , kite selalu lepak sama2 , bila aku balek rumah , mestie kau org pertama yg dtg rumah aku tanya khabar , katanya kau rindu kat aku sbb dah lama tak jumpe aku .
skrg aku yg akan merindui kau deq , dah tak ade adeq aku nak lepak dgn aku lagi , aku dah tak ade adeq yg panggil aku ABANG .
aku dah tak ade adeq yg suka maen geletek leher aku lagi ,
dah tak ade adeq yg nak buat air untuk aku lagi ,
gelak ketawa kau , aku tak dpt dgr lagi ,
selain abeh (jamal) , aku laa abg kau ,
skrg kite org dah tak ade adeq lagi ,
adeq kamie dah pergi slama-lamanya .
abeh dgn aku menanges bile kau dah tak ade kau tahu tak ?
susah lelaki nak nanges kau tahu ?
tapi sbb adeq kamie dah pergi dulu ,
kamie menanges kesedihan .

berita kematian kau masuk berita Metro hari sabtu 12 Mac 2011 page 18 .

Penunggang maut tercampak 20 meter


RAWANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta di Kilometer 4, Jalan Batu Rawang di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan mangsa, Saifullah Bumantaris, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 125 bersendirian tercampak kira-kira 20 meter sebelum meninggal dunia. 
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Country Homes menghala ke Pekan Rawang untuk membeli barang keperluan.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, mangsa dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah kereta.




aku menangis bace berita ni , aku tak sampai hati ,
nama kau tetap dlm hati aku deq ,
kau adeq yg paling aku syg .
SAIFULLAH BIN GUMANTARIS .






mungkin arwah ada gf .
but die maseh menaruh perasaan pada seorg perempuan yg bernama iera sehingga kini .
iera :)
kata-kata terakhir buat kecik a.k.a epong dari sahabatmu yg kau panggil sayangg :)
kecik , maafkan iera tak terima cinta kecik lagi ,
iera mengaku iera maseh sygkan kecik ,
iera tak pandang muka dan harta kecik ,
tapi hati kecik , maaf !
iera tanak cinta iera didusta lagi ,
cukop laa iera sygkan kecik sebagai sahabat baek .
tak sangka kecik dah tinggalkan iera ,
tak ade lah mesej dan call dari kecik lagi ,
kecik , tak sangka apa yg kecik kata dekat iera jadi kenyataan dlm mase terdekat ni .
terkilannya iera !
pesanan dan kata2 terakhir kecik pd iera yg maseh segar dlm ingatan ,
"pertama ; iera sygkan kecik lg tak ? tergamam iera nak jawab soalan kecik . yaa , iera syg kecik lagi . iera , sygkan kecik sebagai kawan .
kedua ; iera , terima laa kecik , kecik sygkan iera lagi , kecik nak tebos kesilapan kecik kat iera sebelom terlambat , kecik sanggup berubah demi iera . kecik tahu iera mmg nak terima kecik balek , tapi iera sedih bila ingat ape yg kecik buat dulu , dgn perangai kecik . kecik , cukop laa kite jadi kawan dulu , sbb kalau ade jodoh tak ke mana kan ? tapi sebagai sahabat , iera nasihatkan kecik , kalau kecik sygkan iera , please berubah , jgn ikut kawan2 kecik .
ketiga ; iera , kecik akan berubah demi iera . walaupun dlm hati iera tak ade lg nama kecik , tapi dlm hati kecik cuma ade iera yg pernah kecik syg sampai mati , kecik akan berubah . ternyata kecik mmg ikut nasihat iera kan ? kecik betol2 berubah , iera salute dgn kecik ! cinta kecik mmg suci . tapi belum sempat iera nak terima cinta kecik balek . kecik dah pergi tinggalkan iera .
keempat ; iera makan taw , mestie kena makan ! jgn tak makan ! nnt iera sakit , kecik tak ade nak jaga iera daa . kecik nak pergi jauh nanti . tak terfikir iera kenapa kecik ckp mcm tuu waktu tu ? iera abaikan , tapi tak sangka , jadi kenyataan ape yg kecik ckp tuu !! kenapaa kecik ??
kelima ; iera , kecik dah hantar gambar kecik , simpan pic ni taw , buat kenangan kalau kecik tak ade nnt , kecik bukan lah handsome tp ingat laa senyuman kecik dlm hati iera selalu taw ! ya Allah , tuhan jee yg tahu perasaan iera . kecik tahu tak , even kite hanya sahabat , tapi cinta dan syg kecik kat iera , iera akan selalu simpan dalam hati iera !


terimbas semua kenangan kite kecik , kecik pernah bertakhta dihati iera ,
kecik pernah jage iera , kecik sentiase tanya khabar iera ,
kecik tetap amek hati iera dgn jenaka kecik yg kelakar ,
sekarang tak lagi ,
tak ade lagi insan yg bernama SAIFULLAH akan take care iera lagi ,
dah tak ade lagi org nak berlawak dgn iera ,
dah tak ade kecik nak suroh iera makan ,
dah tak ade lagi kecik nak pujok iera ,
dah tak ade lagi kecik nak gelakkan iera ,
kenangan dgn kecik iera takan lupe ,
kecik , senyuman kecik yg manes tuu , iera akan ingat !
kata2 kecik iera akan ingat selalu .
syg kecik kat iera , suara kecik , nama kecik ,
selalu dlm hati iera .

waktu iera , nemo , kunding tengok jenazah kecik , masyaallah sedihnye iera , iera tak peduli org ckp ape daa , iera tetap menanges sepuas hati iera . iera , nemo dan kunding hanye mampu sedekahkan al-fatihah dan surah yassin bagi mengiringi kerpergian kecik buat selama-lamanya .






nemo


kata2 terakhir buat kecik dari sahabatmu :)
mungkin nemo tak banyak kenangan dgn kecik ,
tapi nemo still ingat lagi ,
apa yg kecik cakap kat nemo ,
dulu kecik pernah call nemo ,
"nemo , ade nombor iera tak ? kecik tak tahu mana hilangnya nombor iera , die tukar nombor ke ?
kecik nak tanya ni , iera ade bf tak ? kecik still sygkan iera laa , kecik nak die balek , tapi kecik takot die tanak terime kecik balek , sbb kecik pernah lukai die , kecik syg iera sgt2 , nemo tolong kecik eh ? "
nemo ckp balek , kecik iera mana ade bf , die dah frust , mane laa nemo tahu iera sygkan kecik ke tak . kalau kecik nak hati iera balek , tanya lah die sndiri , amek nombor die ni , jgn pas kat sape2 taw ! ...................... lepas tuu ,
dulu , bila nemo gadoh dgn kunding ,
kecik pernah ckp dgn nemo ,
"nemo , jgn laa gadoh2 dgn abg , die tuu ade penyakit , nemo tak syg kunding ke ? kalau ape2 jd kat kunding , nemo tak sedih ke ? dgr ckp abg , jgn melawan ckp die , abg tuu kalau kite dgr ckp die , die akan jaga kite baek2 taw , lagipun abg pernah ckp dgn aku , die syg nemo sgt2 , tp die tak sampai hati nak bg tahu nemo yg die ade penyakit , die sakit dada sejak die accident hari tuu , tiap malam die susah nak tido , dada die saket , die sejuk then berpeluh2 tahu tak ? tapi sejak dgn nemo , die asyik senyum jee , die sakit ke tak die tetap senyum . jage abg elok2 taw , aku syg kat die , kalau kau tak dgr cakap die , die saket then ape2 jd kat die , tahu laa kau nemo ! die dgn abeh jee laa abg aku , aku syg dorg sbb aku tak ade abg ."
kecik , nemo dgr ckp kecik ! nemo akan ingat selalu , kecik sygkan kunding kan ? kecik take care abg kan ? kecik faham kunding kan ? betapa sygnya kecik kat kunding , kecik nasihatkan nemo dan itulah yg nasihat kecik yg terakhir buat nemo .
kecik tahu ? abg kunding asyik sedih jee sejak kecik pegi tinggalkan die ,
die cakap adeq die dah pergii ....
nemo akan jage dan dgr ckp die mcm mane yg kecik pesan kat nemo .
iera pon asyik menangis tak henti2 ,
die ckp kawan baek die dah pergi tinggalkan die sblom die terima kecik balek .
dekat kubor hari tuu , waktuu dorg nak tanam jenazah kecik , kamie menanges tak henti2 ,
sebak dan sedih ape yg jadi kat kecik , tapi semua takdir tuhan ,
siapalah kamie nak melawan takdir tuhan ,
kecik hari jumaat ni kiteorg nak ziarah kubur kecik genap seminggu kecik tinggalkan kamie semua ,
smoge kecik tenang di sana ,
kami sentiase ingat kamu yg bernama kecik a.k.a epong .

Friday, March 11, 2011

arwah kechik dalam kenangan :((

bersama kawan baek :)


saifullah a.k.a kechik ataupun Epong telah pergi ke ramatullah pd 10 MAC 2011 ,
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berhampiran Petronas Sg.bakau , Country Homes .
kemalangan ngeri yg berlaku smlm telah mmbawa keinsafan semua sahabat .
motor arwah hancor , dah tak rupe mcm motor .
kemalangan ini melibatkan 1 motorsikal iaitu motor arwah dan 6 buah kereta .
ramai sahabat yg dtg mnziarahi jenazah ,
kami semua sebagai sahabat turut simpati atas apa yg berlaku .
takziah buat keluarga arwah :(
ajal maut di tangan tuhan .
semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman .


jam 2 petang tadi , bf , sy , dan cousin dtg menziarah jenazah ,
ya Allah , hanya tuhan saja yg tahu betapa sebak dan hibanya kami , 
cousin sy yg juga bekas gf arwah menangis mncurah2 airmatanya ,
tak sangka arwah dah pergi buat selamanya :(
ibu arwah menangis sambil ditenangkan bf sy ,
yg paling menyedihkan kami apabila ibu arwah berkata ,
"epong , kenapa kau pergi cepat sgt nak ? kawan2 kau ramai dtg tengok kau nak . lepas ni , kau dah tak ade , tak ade lg kawan2 kau nak dtg rumah ni nak , ding, kesian adeq kau , kau dah tak ade adeq lagi din , kesian arwah , habes badan2nya kaki patah , muka hancur , badan terok , calar balar , die anak yg baek tp tuhan lebih sygkan die , die daa tinggalkan mak cik , adeq2 die , adeq2 die dah tak ade abg , abg yg jage adeq2 die dah tak ade , arwah pergi cepat sgt ."
mencurah-curah airmata kamie semua ,
terimbas kenangan arwah bersama kamie semua ,
arwah rapat dgn bf , setiap kali balek rumah bf , mestie die lepak sekali dgn kamie ,
sungguh tak sangka dan tak di duga , arwah dah pergi ..

raya tahun lepas , nemo dan cousin beraya di rumah family bf ,
arwah , abg jamal dgn tunang dtg beraya sekali , kebetulan kamie tgh masak laksa ,
ingat lagi die kata , "fuhh laksa siot , aku nak makan laa , bila lagi nak makan laksa korg kan ? "
kata2 die tuu maseh terngiang2 kat telinga ni ,
dah habes makan semua org , die ckp dgn bf nemo "bang , jom raya uma aku , kau dtg taw ! ajak nemo dgn iera ! jgn tak dtg , aku tunggu , lagipun bila lagi kau nak raya umah aku ."
tak sangka kata2 arwah betol , then , kamie bersiap2 dtg rumah arwah ,
arwah tgh makan rojak , die kata mak die buat , sedap gilaa tapi pedass , korg nak tak ?
kalo nak arwah nak suroh mak die buatkan . tapi , kamie semua dah kenyang ,
semangat arwah makan , berpeluh-peluh kepedasan .
bila nak balek , die kata "selamat hari raya , terima kaseh sudi dtg , dpt jugak aku beraya dgn korg ."
arwah pergi dlm keadaan yg menyayat hati , semua sedih sbb kehilangan kawan yg amat baek !
sebak lagi bila dengar mak arwah meraung kesedihan ,
"epong , jgn tinggalkan mak nak ! mak syg kau sgt nak ."
ibu mana yg tak sedih kalau anaknya pergi dlm keadaan yg menyayat hati ,
pergi buat selama-lamanya dan tak akan kembali .

arwah ni seorg yg kelakar , baek hati , hormat org tua , take care orgnya , 
kesian dkt awek die :( semoga tabah yaa !
sedih bila ingat balek semua kenangan kamie dgn die , tak sangka laa :(
arwah meninggal mengejot ! semua org mcm tak percaya ,
apa pun , die daa selamat dikebumikan jam 4 ptg tadi ,
walaupun hanya bersahabat dgn arwah , tapi kenangan tetap dlm ingatan ,

sempat tengok jenazah tadi , sebak tengok arwah ,
sempat jugak bace yassin utk die ,
harap arwah tahu semua kawan2 sygkan die ,
tp Allah lebih sygkan die :(
kamie berdoa agar arwah di ampunkan dosanya semasa hayatnya ,
dan semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman .
al-fatihah buat arwah .

saifullah a.k.a kechik @ epong dlm kenangan :(


Wednesday, March 9, 2011

MENANGIS :(


sedih sgt bila tengok cite ni , mestie air mata mencurah-curah keluar . mmg the best sgt sgt laa cite ni !
bckground music pulak sedih gilaa babie ! takot laa if cerita ni tjadi dekat nemo , daa tebukti dgn cerita ni bahawa
CINTA BOLEH MENGUBAH SEMUANYA , CINTA YG SEJATI ADALAH INGIN PASANGANNYA HIDUP BAHAGIA , semalam nemo tengok cite ni dkt rumah family bf nemo , dpn family die nemo nanges meraung-raung !! malu pulak rasa bila ingat balek , dpn bapak bf pulak tuu nanges , if dpn mak die je tak kesah jugak , hehe :)) habes baju basah lap air mata , sbb tisu tak ada , sudah habes maa , feeling gilaa tgok cite ni , dorg gelakkan nemo gilaa gilaa but time tuu do i care ? hahahaha , skrg rasa malu tuu ada pulak , nemo tanya die (bf) ape jadi kalo nemo mati mcm tuu jugak ? sedih tak ? dia jawab apa taw , confirm laa sedih , please jgn mcm tuu boleh , aku tak suka ! kalo aku jd farid kamil  tuu tak tahu laa apa jadi , gilaa kott ! nemo ckp balek , yeke ? salu laki ni ckp jee lebih , GEBANG  , free je kott kena maki balek , habes kau ingat girl tak pandai gebang ?  hehe , kena balek ! muahahahahaha . sedih sampai skrg laa :((

Tuesday, March 8, 2011

::THANKS BIE (:



baby demam then kena alergi terok , habes badan , kaki , tangan bintik bintik .
bie hantar baby g klinik , jaga baby , suap makan , kasi makan ubat , 
terharu sgt , setiap kali baby saket , bie mestie hantar g klinik and mestie take care baby kan ?
SUMPAH , if bie tak ada satu hari nanti , baby tak tahu apa akan jd kat baby ?
baby tak kuat kalo tak ada bie , bie daa byk berkorban demi baby kan ? 
byk sgt tak terbanding dgn pengorbanan baby kat bie , bie mmg superhero baby !!

p/s : for my bie i'll love you , always , forever , and no matter what . just Allah know my love to you ,
really really love you , thanks to Allah because of Him , we were meet :)
hope our relationship will going to marriage and happy till death syg ,
'always and always love you'
u are the difference boy have i meet dear !
please never let me go and please be always in my side .
THANK YOU :)

Sunday, March 6, 2011

KISAH DINEMO :)

my love story DINEMO :)

din (my boyfie)

first i'll introduce my boyfie , a.k.a pendek .
pendek atau dikenali sebagai din dilahirkan pd 3 september 1989 .
kini berumur 22 tahun , sgt sgt tua pd tahun ini , haha
pendek berbintang virgo .
berasal dari BANDAR COUNTRY HOMES , RAWANG .
mempunyai 2 bini , yg pertama gemok dan LC135CC a.k.a WRV6568 .
pendek seorg lelaki yg penyanyang , suka akan kanak kanak , pandai memasak ayam negro , pandai dlm seni , sgt peramah orgnya (org yg tak kenal pon die suka tegor) , suka buat lawak , org yg gilaa gilaa , lembut hati , kuat cemburu !!
mempunyai 5 org adeq beradeq dan dia adalah anak yg sulung .
dia adalah lelaki yg bertanggungjwb pd keluarga mahupun dgn si gemok .

nemo

ini dia si gemok a.k.a nemo .
atau nama sebenar yasmein hana .
dilahirkan pada 26 februari 1995 .
kini beumur 16 tahun . maseh muda lg !!
berbintang pisces :) berasal dr RAWANG .
pelajar SMK SYED MASHOR (pelajar sains sukan)
dia seorg yg baran , tegas , org yg gilaa gilaa , suka memasak , gilaa shopping , seorg yg amat berterus terang , petah berckp , dan agak langsi orgnya (kalo org tak langsi dgn aku , aku takan langsi laa)
mempunyai 3 org siblings , 2nd daughter and the only daughter in my family . 




nantikan kisah selanjutnya okayy , hehe :)
tak sempat nak tulis story ni skrg ,
i'll story later yaa !

Tuesday, February 22, 2011

hari tuaku semakin hampir (:

ouhh tidak ! hari tua aku semakin hampir !!
happy birthday to me 
26 FEBRUARI mama lahirkan aku untuk menjadi insan yg berguna !
thanks mama ! I LOVE U SO MUCH !!
forgot someone else laa . ayah ! thanks jugak . haha (:
tak sabarnya nak jadi tua tapi rase syg nak tinggalkan zaman keanak-anakkan ni . byk kenangan manes dan buruk yg aku tempuhi di usia remaja skrg ! tp masa tak dpt dihentikan mcm kereta tekan brekkk ! haishh , kalo laa dpt diundurkan masa ni . alangkah gembiranya aku .
aku nak birthday aku kali ni disambut dgn org tersyg , tak perlu meriah tetapi aku nak suasana yg penuh kasih syg ! aku tak perlukan hadiah yg mahal , yg besar gedabak ! tapi cukuplah kamu memberi aku sebuah memori yg tak dpt aku lupakan selagi aku maseh hidup .
mungkin bila diimbas kembali detik-detik akhir kelahiran aku ke dunia ini 16 tahun yg lalu sebelum genap 26 februari , mungkin mama sedang menahan kesakitan yg amat sangat ketika itu , sudah laa bulan puasa , mama tetap sabar dan tabah untuk melahirkan puterinya ini . tetapi setitik air pun aku tidak dapat membalas budimu mama !
sesungguhnya pengorbananmu terlampau besar dan tidak mampu untuk aku membalasnya .
mama , terima kaseh sekali lagi kerana melahirkanku ke dunia ini ! u are my soul !


mama…
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

mama..
adalah wanita yang selalu menjaga aku sejak aku mula merengek kesejukan
tatkala kaki kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun diwaktu pagi ,siang , dan malam

mama..
adalah wanita yang penuh perhatian, dikala.
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian

mama..
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku.

aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu meminta perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu.

mama..
engkau menangis kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau bohong dirimu kerana aku
engkau korbankan segalanya untukku

mama..
jasamu tiada terbalas
jasamu tada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah didalam surga

mama..
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
hanya airmataku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..