Total Pageviews

  Myspace Glitter Text

m y l o v e l y d i n e m o

my followers (:

Saturday, December 3, 2011

TIPS PENJAGAAN RAMBUT :))

    Salam , hi guys , dah lama tak update blog , hari ni tiba-tiba rajin pulak nak update , selalunya malas , hehehehehe , okay guys , berbalik pada tajuk post aku , rambut adalah mahkota setiap wanita , mcm-2 fesyen rambut zaman sekarang kan ? cantik ke buruk ke fesyen rambut tuu bagi aku tak penting , tak tahu laa bagi korang , yg penting bagi aku , rambut tuu cantik berseri-seri , tak rosak , halus mulus , dan lembut . Kalau cantik fesyen rambut tp rosak , kasar , kusut , cantik ke tuu ? Aku ada baca satu post dekat blog someone ni , so aku share-2 sikit laa dgn korg yee :) ni link dia tudung via online Post ni sesuai sgt laa pada orang yg bertudung :)





Tips 1:

Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.


Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.


Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!


Tips 4:

Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.


Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.


Tips 6:

Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.


Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali. :D


Tips 8:

Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.


Tips 9:

Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..


Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.


Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.


Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi.


Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!


Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

sekian terima kasih :))

Sunday, November 20, 2011

DUIT BUKAN SEGALANYA :))

Aku bukan macam teenagers lain , hidup aku simple-simple je , aku tetap bersyukur apa pon yang aku ada , aku tak mewah macam orang lain , pakaian mahal , branded , aku tak dapat semua tuu , walaupun parents aku mampu bagi aku semua tuu , dorg tak bagi aku semua tuu , sebab dorg nak aku berdikari , dorg nak aku mula hidup dari bawah , dorg nak aku belajar betapa susahnya cari duit , dorg nak aku rasa perit hidup susah , dorg tak kejam malah mulia bagi aku , sebab dorg didik aku supaya lebih mengenali erti kehidupan . Alhamdulillah , aku boleh berdikari sekarang , aku tak perlu mengharap dan bergantung kpd parents aku sepenuhnya . Ternyata , memang payah cari duit sesen dua sen , belum tentu kau berjalan dari Rawang-KL kau boleh dapat RM1 , melainkan kau usaha sendiri macam mana boleh dapat RM1 tuu . Duit memang penting dalam kehidupan , kalau tak de duit kau nak makan apa ? Kalau tak de duit , takan kau nak buat sistem barter pulak ? Kerana duit kita dipandang mulia , kerana duit kita kita boleh bergadoh sesama sendiri , kerana duit kawan makan kawan , kerana duit kita boleh beli orang lain , kerana duit kita mati sia-sia , kerana duit kita tiada sesiapa . Ingat , memang duit berkuasa , tapi jangan laa jadi hamba duit ! Duit bukan kunci kebahagian , bukan duit yang akan menentukan kau masuk syurga atau neraka , bukan duit yang menentukan hidup kau indah atau derita , sebab duit bukan segalanya . Jangan jadi tamak sangat kalau kau dah banyak duit , jangan jadi riak bila kau ada duit , sekali Allah tarik duit kau , dengan kau-kau sekali kena telan bumi , baru kau tahu duit bukan penentu masa depan kau . Hari ni topik aku pasal duit , sebab apa ? Sebab aku nak ingatkan orang yang berduit ni , JANGAN NAK BERLAGAK SANGAT LAA KAN !! *emo sikit :) apa kau ingat kau berduit kau boleh atur hidup orang lain , kau silap ! Belajar laa jadi tuan duit bukan hamba duit , duit berjuta pon , kalau kau mati , tak boleh bawak masok kubur sekali , duit berjuta pon , kau ingat kalau kau tak de amal ibadat kau boleh bayar cash je nak masok syurga , silap sekali lagi kau . Dengan sikap kau yg tak tahu buat amal ibadat dan menjadi manusia yang kejam hanya kerana duit , jangan kau ingat kau sorg je boleh bayar cash kat dunia ni , Allah bayar cash je akhir zaman ni , tak payah nak tunggu-tunggu kiamat , aku cakap bukan sedap mulot je , aku cakap berdasarkan fakta dan kenyataan . Apa boleh aku cakap berubah laa sebelum terlambat , berubah laa , nyawa kita bukan ada 10 , sebelum nasi menjadi bubur , meh laa kita sama sama menuju ke arah kebaikan :)

Assalammualaikum , sekian terima kasih :D

Monday, November 7, 2011

KEKASIH YANG BAIK ?


ade permintaan dr sorg kawan aku , die nak tips carik kekasih yg baik , ini pendapat aku laa .

okayy , first , kenapa pilih kekasih berdasarkan rupa , harta , dan pangkat ? semua tuu tak kemana laa , kalo dorg byk harta pon , tak ada buat kebajikan buat apa ? kalau ada rupa , budi pekerti tak secantik rupa buat apa ? kalau pangkat tinggi , berlagak nak mampus buat apa ? pilih laa org yg beriman dan yg boleh membimbing kita ke arah kebaikan , ke arah kejayaan . bukan carik kekasih yg menjahanamkan diri kita lagi , past is past , future lebih penting , kalau masa silam kita buruk mana sekali pun , jadikan masa depan kita sebaik-baiknya , belajar melalui kesilapan , tak kan nak buah pisang berbuah dua kali ? ingat laa , kebahagiaan dan kesengsaraan hidup kita , kita yang menentukan , bukan org lain , keputusan semua ditangan kita dan Allah yg menentukan . sebelum menyalahkan org lain , cuba semak diri dulu , apa salah kita ? apa dosa kita buat ? guys , kekasih yg betul-2 sygkan kita , dia bimbing kita , bukan die hancurkan diri kita lagi , kalo betul die nak buat kita jadi isteri/suami kita , dia halang kita berbuat jahat , bukan menggalakkan lg , konon-2 sporting laa bf/gf korg ? gth laa , die sebenarnya mainkan kau aje . fikir laa dengan matang , jangan sebab silap kecil , kau menyesal kemudian hari . cari laa , perempuan/lelaki yang setia dan jujur , kalau dia btol-2 curang , maybe kau bg second chance , then die buat lg ? anggap je laa tak de jodoh , zaman sekarang ni , secara faktanya laa , ramai org pilih kekasih mengikut paras rupa dan harta , sbb bangga dgn kekasih dorg , bila break , menangis tak berlagu ye ? yg paling penting dalam bercinta ni , pandang laa org yg menyayangi diri kita , kita abaikan dia , kita tak hargai dia ,  kadang-2 kita tak perasan , org yg didepan mata , org disebalik gunung nampak pula yee ? bila daa sedar , baru terkapai-kapai carik org yg didepan mata kan ? aku rasa kita boleh fikir , baik atau buruk macam mana , think and decided , aku pon tak sempurna sgt nak bg nasihat dekat korg , tp apa yg aku tahu , aku shared sikit dgn korg , hmm , conclusionnya , adanya kekasih yg baik pasti sesebuah hubungan lebih bahagia :)

haishhhhh , hari ni topik pasal bercinta pulak , sebagai kawan , aku hanya mampu menasihati kawan-2 aku , semoga korg akan jumpa jodoh yg lebih baik , insyaallah , aku doakan  yg terbaik utk korg :)

Thursday, November 3, 2011

positive thinking :)




assalammualaikum and hello everyone , wahhh , daa lama gilaa tak update blog , mmg daa lama sgt-2 . sihat semua ? aku sihat je , makin gemok laa kawan , hahahahaha , senang hati laa katekan , okayy guys . aku bukan yg terbaik tapi aku cuba yg terbaik . guess what ? in everything i do , i'm trying my best :) think positive ! korg pon mesti boleh , but dont forget to pray , bkn usaha je , pray changes everything , remember that okayy . one more , self confidence tu penting ! berani utk ambil risiko , mungkin apa yg kita buat adalah mustahil , but nothing impossible in this life , try your best , trust yourself , insyaallah , your efforts will be successful . utk berjaya dlm hidop , restu ibu bapa penting , i trust that :)

Sunday, May 29, 2011

HARI MEMPERINGATI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE


hello guys , hari ni HARI MEMPERINGATI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE . jadi aku nak buat entry pasal P.RAMLEE .

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

aku mmg respect sgt dgn p.ramlee , sebagai generasi muda , kita patut kenang jasa-2 beliau dlm bidang seni , beliau seniman yg sgt profesional , bukan niat nak mengata tp bidang seni skrg tak sbagos mcm seni p.ramlee , jauh panggang dr api babe , sbb tuu laa tak hairan generasi kita skrg minat muzik luar negara .

babes , aku nak story about cousin aku , nama dia MEGAT ANAS , dia fanatik gilaa dgn P.RAMLEE , dr kecik sampai sekarang , cd filem p.ramlee ape yg tak de kat rumah die ? semua ade .. cd lagu pon ade !! die mmg fanatik sgt dgn p.ramlee , waktu zaman kanak-2 kiteorg , gaya die pon ade mcm p.ramlee , muka die pon ala-2 p.ramlee . sbuah filem p.ramlee tuu , kdg-2 dia tengok sampai 5 kali sehari , fuhh , dia mmg fanatik sgt-2 laa , sampai skrip filem tuu pon die hafal !! hari tuu aku datang rumah family die , tgh tengok tv , die tetidoo , then , tak sampai 5 minit , die terjaga , die sebot "haa ! P.RAMLEE !" terkejot aku , daa die ckp mcm tuu , teros die bukak cd filem p.ramlee , cehh , tiap kali aku lepak rumah family die , confirm dekat kaca tv die mesti cerita p.ramlee , die mmg kawkaw laa !! aku respect dgn cousin aku , sbb susah nak jumpa teenagers mcm die yg minat cerita-2 klasik tuu , susah sgt laa nak jumpa , senang cerita cousin aku tuu PENCINTA SENI P.RAMLEE .

bile aku dengar jee lagu-2 ciptaan dan nyanyian allahyarham p.ramlee , mestie tetiba aku sedih , kdg-2 sampai menangis pun ade , aku tak tahu kenapa , tapi aku yakin yg aku sedih sbb tanah air kita dah hilang seniman agung yg hebat mcm p.ramlee , aku terharu sgt dgn karya-2 allahyarham , cerita dan lagu-2 die , tiada tandingannya ! mungkin aku daa terikot-2 habit cousin aku kot , tp aku pernah terfikir , kalau laa allahyarham masih hidop , mestie bidang seni negara kita hebat kan ? aku teringin nak jumpa die walaupon die tak kenal aku , aku rasa kagum sgt dgn allahyarham !! mungkin korg tak faham perasaan aku , kalau korg minat p.ramlee , mungkin korg faham (:
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM P.RAMLEE .


LIKE LAA SIKET (:

Thursday, May 5, 2011

BIAR SEDERHANA ASALKAN BAHAGIA :)

hello hello , now nak bagi siket advise kat u all semua , what can i say ? KAYA TAK SEMESTINYA MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN . hmm . bagi nemo cukop laa jd sederhana , tak perlu jd kaya raya ,sbb hidop sederhana lebih mengenal erti kehidupan yg indah sebenarnya , byk pengalaman hidop yg kita dapat , bila hidop sederhana ni . susah nak carik harta kan ? masa ni laa , kita tahu erti kesusahan , dan masa ni laa kita tahu erti menghargai , sbb harta susah nak carik dan mesti laa kita hargai kerana itu laa hasil titik peluh kita sendiri , bukan mengharapkan ibu bapa nak belikan , bukan merompak atau mencuri , tetapi sebaliknya , ia harta yg halal . bila kaya , lupe asal usul , lupe mak bapak , lupe segalanya , bile daa susah , baru sedar diri siapa ? hmm , berlagak sini sana , maki hamun org tak tentu hala , tp tuu golongan kaya yg tak berakhlak mulia , minta disimpangkan kepada kita semua supaya dielakkan jadi seperti itu ya . yg penting jgn kita anggap kesusahan itu bala , anggap laa itu dugaan dan cabaran kepada setiap insan yg hendak berjaya , dan jgn laa kita asyik merungut dan tak bersyukur kerana ade lagi insan lebih susah dari kita semua , dan jgn laa pula bila kita sudah kaya raya , kita menghina org yg miskin sesuka hati kita , itu org yg tak bertamadun namanya , ingat laa , kekayaan itu datang dr Allah S.W.T , jadi bila bila masa saja Dia boleh menariknya , dan bila bila masa saje Dia boleh memberi kepada kita , cukop laa celoteh sy kali ni , laen kali sambong lagi ........... :)

kasi LIKE siket :)

Friday, April 22, 2011

TAK SEMESTIENYA KAU BER-EDUCATION KAU BAGOSS :)

hello semua , daa lama gila tak update blog , semua stalker tengok and bace benda yg same je kan ? hehehehe , hari ni tajuk utk diceritakan seperti di atas okayy .


memang aku respek dgn org yg ber-education ni ,
bukan nak berlagak , but ,
family aku pon educated jugak , bukan nak banggakan abg aku , 
but abg aku SPM 10A and now daa ade degree course international bussiness ,
kerja pon bagoss and berpngkat besar , but dia tak pernah berlagak yg dia pandai .
but aku tak laa pandai mcm abg aku , hehehehehe
isteri dia pon educated , kelulusan degree jugak , anak doktor lagi ,
siblings dia pon semua pandai2 , ade yg study dekat oversea , pokoknya pandai2 laa ,
but dorg semua tak berlagak walaupun dorg pandai !


ade laa makhluk Allah ni berlagak nak mamposs weyh !!
baru jee continue study kat IPTS daa berlagak sgt ,
bukan amek degree , bukan amek master , just diploma jee kot ,
fine laa kalo ko just study diploma ,
but tak payah laa hina org lain even bukan kau sindir aku skali pon ,
kau tak patot ckp mcm ni ,
"alaa , spm skrg mana laku , setakat spm kau boleh beli ape ? dgn spm kau boleh kerja ape ? kerja kilang ? elehh , siapa pandang ?"


"bajet good2 je , mcm kau tu educated , daa laa kerja kilang jee ."
HINA SGT KE ORG KERJA KILANG NI ? HINA SGT KE JD BURUH KONTRAKTOR ?
mcm bagoss laa weyh ! kau continue study pon sbb parents kau berduit bukan sbb kau pandai sgt laa ,
spm kau bukan bagoss , kalo bagoss continue laa dekat IPTA ,
kalo kau bace blog aku ni , aku nak adviced kau ni ,
sedar sedar diri dulu babe ! jgn suka suka menghina org , masing2 ade kelebihan dan kekurangan yg Allah ciptakan untuk makhluk2-Nya ,
org tak berpelajaran tggi pon tahu malu kalo kau ckp mcm tuu dekat dorg ,
but pelik laa dgn kau ni , 
org ade PHD pon tak kecoh die ade PHD ,
but kau sebaliknya kan ? babe , kalo betol lu org educated , lu takan meninggi diri , dan lu tahu tak boleh menghina org lain !!
kita mana tahu kelebihan org lain , entah entah die kerja kilang , rupanya dia bijak pandai , cuma nasib tak menyebelahi die , entah entah die kerja buruh binaan , rupanya rumah die banglo , mcm rumah datok datin , sbb die pandai bina rumah , entah entah die mat rempit , rupanya skrg juara grand prix , entah entah die mekanik , die rupanya tokey bengkel2 , entah entah die cashier , but ade degree , entah entah die pakai BMW , MERC , die just ade spm je , 
dalam surat khabar pon ckp ,  SAYA HANYA BERKELULUSAN SPM , SKRG SAYA USAHAWAN BERJAYA , SAYA HANYA BERKELULUSAN SPM , DAN DAHULU HANYA OPERATOR KILANG NAMUN KINI SAYA KONTRAKTOR BERJAYA ,


:: TINGGI MANA PELAJARAN KITA , BELUM TENTU NASIB MENYEBELAHI KITA ::


daa laa , malas aku nak nak teroskan celoteh aku ni ,
sampai esok takan habes rasenya ,
hmm , advised utk semua ,
tinggi mana pelajaran kita , jgn sekali-kali kita meninggi diri , sebaliknya bersedia laa utk berbudi dan berbakti .


daa bace ? LIKE laa siket !