Total Pageviews

  Myspace Glitter Text

m y l o v e l y d i n e m o

my followers (:

Sunday, November 20, 2011

DUIT BUKAN SEGALANYA :))

Aku bukan macam teenagers lain , hidup aku simple-simple je , aku tetap bersyukur apa pon yang aku ada , aku tak mewah macam orang lain , pakaian mahal , branded , aku tak dapat semua tuu , walaupun parents aku mampu bagi aku semua tuu , dorg tak bagi aku semua tuu , sebab dorg nak aku berdikari , dorg nak aku mula hidup dari bawah , dorg nak aku belajar betapa susahnya cari duit , dorg nak aku rasa perit hidup susah , dorg tak kejam malah mulia bagi aku , sebab dorg didik aku supaya lebih mengenali erti kehidupan . Alhamdulillah , aku boleh berdikari sekarang , aku tak perlu mengharap dan bergantung kpd parents aku sepenuhnya . Ternyata , memang payah cari duit sesen dua sen , belum tentu kau berjalan dari Rawang-KL kau boleh dapat RM1 , melainkan kau usaha sendiri macam mana boleh dapat RM1 tuu . Duit memang penting dalam kehidupan , kalau tak de duit kau nak makan apa ? Kalau tak de duit , takan kau nak buat sistem barter pulak ? Kerana duit kita dipandang mulia , kerana duit kita kita boleh bergadoh sesama sendiri , kerana duit kawan makan kawan , kerana duit kita boleh beli orang lain , kerana duit kita mati sia-sia , kerana duit kita tiada sesiapa . Ingat , memang duit berkuasa , tapi jangan laa jadi hamba duit ! Duit bukan kunci kebahagian , bukan duit yang akan menentukan kau masuk syurga atau neraka , bukan duit yang menentukan hidup kau indah atau derita , sebab duit bukan segalanya . Jangan jadi tamak sangat kalau kau dah banyak duit , jangan jadi riak bila kau ada duit , sekali Allah tarik duit kau , dengan kau-kau sekali kena telan bumi , baru kau tahu duit bukan penentu masa depan kau . Hari ni topik aku pasal duit , sebab apa ? Sebab aku nak ingatkan orang yang berduit ni , JANGAN NAK BERLAGAK SANGAT LAA KAN !! *emo sikit :) apa kau ingat kau berduit kau boleh atur hidup orang lain , kau silap ! Belajar laa jadi tuan duit bukan hamba duit , duit berjuta pon , kalau kau mati , tak boleh bawak masok kubur sekali , duit berjuta pon , kau ingat kalau kau tak de amal ibadat kau boleh bayar cash je nak masok syurga , silap sekali lagi kau . Dengan sikap kau yg tak tahu buat amal ibadat dan menjadi manusia yang kejam hanya kerana duit , jangan kau ingat kau sorg je boleh bayar cash kat dunia ni , Allah bayar cash je akhir zaman ni , tak payah nak tunggu-tunggu kiamat , aku cakap bukan sedap mulot je , aku cakap berdasarkan fakta dan kenyataan . Apa boleh aku cakap berubah laa sebelum terlambat , berubah laa , nyawa kita bukan ada 10 , sebelum nasi menjadi bubur , meh laa kita sama sama menuju ke arah kebaikan :)

Assalammualaikum , sekian terima kasih :D

No comments:

Post a Comment